Assalamualaikum.
Apa kabar para pencari cinta sekalin? Saya dapat email yg agak dalam satu yahoo groups dari sender yang bernama Pak Kadri. Satu email yg nampaknya agak mendapat tentangan dari ahli2 yahoogrup tersebut. Saya nak share kat sini ye.
Happy Reading!!!
————————————————————————————————————–
Siapa penghibur suami anda ?
Maaf nak bertanya kepada para isteri sekelian.
Siapakah penghibur suami anda ?
Pabila suami pulang dari kerja tentunya dalam keadaan letih fizikal dan mentalnya. Paling tidak ia memerlukan segelas air sebagai penyejuk. Siapakah yang menghulurkan air untuknya ? Ambil sendiri atau kerahkan anak-anak anda ambilkan bagi pihak anda. Atau perintahkan pembantu rumah tuangkan air sejuk dan letakkan atas meja.
Pabila suami anda meletakkan punggungnya untuk merehatkan diri. Siapakah yang menemaninya ? TV diruang tamu atau ikan-ikan dalam akuarium ? Dimanakah anda ? Sibuk bersembang dengan jiran atau melayan siri TV yang anda tidak mahu ketinggalan.
Pabila suami masuk ke bilik menukar pakaian siapakah menemaninya ? Gambar-gambar anda di meja solek dan potret pemandangan di dinding.
Pabila suami merebahkan diri dikatil sebelum melelapkan mata dimanakah anda ? Sibuk di depan TV melayan persembahan realiti. Atau di dapur mengemas serta membasuh itu ini.
Pabila suami mula melelapkan mata siapa disampingnya ? Bantal peluk dan siling pengganti anda yang masih merenung kaca TV.
Bila suami anda masih tidak pulang ke rumah walaupun sudah jam 10 malam, dimanakah dia? Di kolam memancing ? Di warung mamak ? Di pusat karaoke ?
Bila anda sudah hampir mahu melelapkan mata dimanakah suami anda ? Masihkah dia diluar ? Atau didalam rumah melayan ruang sembang di internet ?
Siapakah penghibur suami anda ?
TV ? Ikan di kolam pancing ? Senarai lagu di pusat karaoke ? Atau wanita-wanita yang menjadi pengganti anda sebagai penghibur suami anda ?
Siapa penunduk nafsu suami anda ? TV? Ikan ? Kawan-kawan ? GRO ? Gadis-gadis di internet ?
Mengapa bukan anda ?

PAK KADRI
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

1:45 AM
citer menarik topic menarik aku minat blog kamu..keep in touch..salam
10:36 AM
kenapa Allah ciptakan Hawa untuk Adam….
bukan simbolik, asal usul kejadian Hawa i.e kaum wanita adalah sebagai peneman kepada pasangannya i.e suaminya/kaum Adam
YAng JElaS lAgi TeranG AdAlAH ALLAh….
12:28 PM
tq tokdon..selamat membaca..
setuju ngn azie
7:38 PM
assalamua’laikum…
dapatlah sekiranya ada topik “siapakah pengubat & pembimbing isteri anda….?”
***Sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk kaum lelaki***