1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.
5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

8:37 AM
Salam Hidet…
Fuhh !. memang besh kalau macam nie kann..
suami isteri saling melengkapi dan memahami apa yang tersurat dan tersirat .
11:39 AM
susah nak dapat yang sempurna macam ni maklumlah manusia ada kekurangan disana sini..Alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang oklah..
4:06 PM
hidet..
rasanya 20% jer suami yg camni kat dunia ni
ahhhah betul ke jangkaan sy tu?
7:48 AM
Tentulah bahagia betul bila semua impian tercapai, tetapi kena terima ajelah, pasangan kita seadanya….
12:16 PM
Assalamualaikum Hidet. Apa khabar? Dah 10 hari kita berpuasa kan..hai, cepat sungguh masa berlalu.
Entry di atas memang perfect!. Boleh dijadikan piawaian pada para suami.
Oppss…yang no 7 itu saya belum berpeluang nak practise lagi, insyaAllah hujung Disember ini.
Oh ya, ada “something” saya tulis di blog pada hari ini. Bila mana Hidet ada kelapangan Mohon singah dan komen ye..
Ini linknya..http://fathuri.com/?page_id=1040
Salam ceria & salam inspirasi dari saya
Keep in touch Hidet
Assalamualaikum
1:02 AM
Alhamdulillah.. saya bersyukur dengan apa sahaja yg suami saya dah lakukan..
2:26 PM
dah nama hidup bersama kena saling lengkap melengkapi la..
9:47 PM
Asalamualaikum
intri pakcik pun tengah sibuk cerita nikah kawain kadangkala terlalu sibuk terlupa nak ziarah kesini.
terima kaseh salam hormat.
1:58 AM
Asalamualaikum
Lama Pakcik tak singgah untok melihat cinta sejati.
Terima kaseh salam hormat.
6:21 AM
salam drcinta ittewww..
10:45 AM
SAYA SUMPIT TERANGKAT PONGUNGNYA
Perbicaraan dimakamah pada hari itu dihadiri lebih banyak orang ramai dari biasa, yang luarbiasanya terdapat banyak juga orang asli saudara lama kita. Perbicaraan ini rupanya melibatkan orang kita dengan saudara lama.
Pandak terus memberikan keterangan dari dalam kandang saksi sebaik sahaj a diminta olen penguam belanya. “ Pada hari berlakunya kejadian yang memilukan itu tuan, Sudin kawan orang Melayu saya datang kerumah saya mengajak menjerat. Saya bersetuju dan kami pergi bersama, tiba ditengah jalan Sudin minta saya dengannya berpecah, saya ke hulu dan dia kehilir. Saya setuju saja, tapi didalam hati saya buat apa berpecah, bukan berburu tapi menjerat. Dalam perjalanan kehulu saya terfikir lagi, kalau Sudin kehilir dan saya ke hulu sampai kiamat pun kami tidak akan bertemu semula untuk menjerat. Setelah habis dua batang rokok berjalan saya mula terfikir Sudin mungkin untuk menjerat saya bukan untuk menjerat binatang. Akhirnya saya membuat keputusan untuk kembali semula kerumah.”
“Tuan saudara yang arif,” kata Pandak untuk meneruskan keterangannya, orang ramai dimakamah senyap sunyi untuk mendengar keterangan Pandak. “Setibanya saya di halaman rumah saya, saya nampak kasut Sudin di kaki tangga, hati saya mula terasa panas. Bila saya naik kerumah saya nampak Sudun dan isteri saya sudah tidak berpakaian lagi. Sudin berada meniarap diatas dan isteri saya berada terlentang tepat dibawah tubuh Sudin. Hati saya bertambah menjadi panas tuan, tapi saya masih lagi sempat berfikir sepanjangnya tuan. Jikalau saya tikam dengan parang, saya takut tembus sampai kebawah (sehingga terkena isterinya). Hendak saya terajang takut bertambah masuk. Maka saya sumpit, terangkat ponggungnya tuan. Maka selamatlah isteri saya tuan dan Sudin kecewa kerana gagal merogol isteri saya.”
7:04 PM
Keperluan Segara – Fasa 1: Kelulusan Pelan Bangunan dari MPK
Januari 15, 2010 pada 10:21 am (Uncategorized) Tags: derma kilat, jariah, zakat
Assalamualaikum..
Semoga anda semua mendapat rahmat dari Allah
Kami memerlukan sumbangan SEGERA sebanyak RM3,600 untuk urusan kelulusan Pelan Bangunan daripada pihak Majlis Perbandaran Klang. Bayaran ini termasuklah untuk kelulusan Hoarding, Lesen Iklan, Papan Tanda dan yuran pemprosesan Pelan.
Sila hubungi AJK yang terlibat, SMS kan hajat anda dan kami akan menghubungi anda semula untuk urusan selanjutnya.
Sama-samalah kita bagunkan syiar Islam di tanahair kita ini. Wassalam, sehingga berjumpa lagi. Surau Al-Qayyum.
Bandar Armada PutraPulau Indah42000 Pelabuhan Klang
PengerusiEn Saifullizan Hj Mohd Isa012 6874 385
SetiausahaEn Khaszemi Mohd Yakim019 3376 927
BendahariEn. Mohd Riza Mohd Yusoff012 3080 362
Sila SMS jika panggilan tidak dijawab. Kami akan menghubungi anda kemudian. Terima Kasih.
Sumber: http://suraualqayyum.wordpress.com/
tolong le sekupang dua
6:29 AM
Asalamualaikum
Dengan izin
CONTOH SURAT PERMOHONAN POLIGAMI
Panjang bin Kulup Besar
Kampong Sungai Buah
Bangi, Selagor
Lebar bin Alang Sihat
Kampung Sungai Merap
Bangi, Selangor
Puan
PERKARA MEMOHON UNTUK BERPOLIGAMI
…….perkara di atas adalah dirujuk
Walaupun kita tinggal sebumbung permohonan seperti di atas terpaksa dibuat menggunakan surat, kerana puan juga perlu memberi jawapan bertulis untuk menyokong permohonan saya kepada pihak yang berwajib untuk berpoligami.
Sebagaiman yang puan sedia maklum sejak saya sering melayari laman blog Dukun Asmara ( http://pakcikli00.wordpress.com/ ) prestasi tenaga batin saya telah meningkat. Oleh itu permohonan saya berkawin dua adalah untuk membantu puan menampung ledakan tenaga batin yang telah saya alami.
Di samping ledakan tenaga batin buat masa ini saya juga telah dilimpahi dengan nafkah zahir yang bertambah-tambah. Penambahan isteri adalah juga bertujuan untuk mengimbangi penambahan nafkah zahir tersebut.
Kerjasama dan perhatian puan mengenai perkara di atas didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang berhajat
……………………………….
Panjang bin Kulup Besar