Setiap insan ingin mencinta dan dicintai


Aug
17

Assalamualaikum.

Pergh..baru jek bercerai terus kawin. Memang aku tak pernah respek pon kat mamat akil hei hei hei ni..

 

 

Akhil Dan Waheeda selamat diijabkabulkan

from Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik, Gambar Artis Hot, Kisah-Kisah Gosip Artis by noreply@blogger.com (Tan Sri Ami Shah Maharaja Blog)

Akhil Hayy dan Waheeda selamat diijabkabulkan.

HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.

Waheeda dan Akhil bergambar bersama anak-anaknya, Siti Nur Maisarah dan Mohd Syarif Idayatullah.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

"Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.

"Selebihnya, terserahlah kepada masyarakat kerana manusia boleh bercakap apa saja. Apa yang boleh saya katakan, ini bukan secara kebetulan dan bukan juga satu perancangan sangat pun.

"Sebelum ini, memang saya bercakap pada media bahawa saya senang dengan Waheeda. Cuma, untuk menggerakkannya ke arah itu (cinta), saya hanya serahkan kepada Allah.

"Tetapi, mustahil lah perkahwinan ini terjadi kalau bukan kerana cinta. Allah bukakan hati saya untuk menerima Waheeda dan dia ditakdirkan menjadi isteri saya.

"Insya-allah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk membimbing Waheeda dan anak-anak," kata Akhil.

Menurutnya lagi, jika mengikut perancangan awal, dia ingin melangsungkan pernikahan pada 21 Ogos.

"Jika ikutkan, saya rancang untuk bernikah pada 21 Ogos, malam sebelum Ramadan dan semua tetamu boleh bersembahyang Tarawih bersama-sama.

"Tetapi bila melihat tarikh 16 Ogos ini lebih memudahkan keluarga dan saudara-mara lain untuk datang, jadi kami pilih saja tarikh hari ini," ujarnya.

Kontroversi yang melanda mereka berlarutan sejak dua tahun lalu apabila mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab menjadi isteri kedua Akhil. Ketika itu, masing-masing menafikan tentang perkara tersebut dan menegaskan mereka hanya berkawan baik.

Namun, kisah itu semakin panas sekitar Mei lalu apabila isteri Akhil, Maizawati Zainal mengaku tentang pergolakan rumahtangga mereka dan Waheeda turut dikaitkan sebagai punca tersebut.

Antara yang didedahkan oleh Maizawati, dia pernah menyatakan persetujuan membenarkan Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu setelah suaminya itu mengaku tentang hubungannya dengan Waheeda.

Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda ketika itu kerana katanya, Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah dan hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusimedia.

Maizawati kemudiannya mengambil keputusan bercerai untuk membina kehidupan baru. Dia dan Akhil akhirnya sah bercerai dengan talak satu pada 15 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Menerusi perkahwinannya dengan Maiza, mereka dikurniakan empat orang anak.

(dari kiri)Abdul Wahab Yusof (bapa Waheeda), Asri Othman (bapa Waheeda) Akhil, Waheeda dan ibu Akhil, Azizah Daud

Ditanya sama ada bekas isterinya itu turut mengetahui tentang perkahwinannya dengan Waheeda, kata Akhil:

"Saya tidak mahu komen. Dia tidak ada kena-mengena."

Dalam pada itu, Waheeda juga melahirkan rasa syukur kerana telah sah bergelar isteri setelah hebat dilanda kontroversi selama ini.

"Saya tidak mahu bercakap tentang kontroversi. Bagi saya, lebih banyak benda lain yang patut difikirkan. Saya mengambil nasihat Dr.Fadzilah Kamsah yang pernah cakap pada saya, cabaran yang dilalui sebenarnya akan diberikan ganjaran yang besar kelak.

"Perkahwinan ini juga adalah untuk merapatkan hubungan ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Kami juga tidak akan pergi berbulan madu, tetapi akan menggunakan masa yang ada untuk melawat saudara-mara.

"Saya juga telah bersara dari dunia seni dan ingin memberikan tumpuan pada suami dan anak-anak," kata Waheeda yang juga bersedia untuk menimang cahayamata sendiri jika dikurniakan rezeki.

Ditanya mengapa pihaknya hanya meminta senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, ujar Waheeda, dia berpendapat perkara itu lebih afdal kerana Al-Quran adalah pelengkap segala-galanya.

"Ini memang permintaan bapa saya juga. Lagipun, saya tidak mahu perkahwinan ini membebankan sesiapa. Malah, saya dan Akhil memang sentiasa berpegang kepada Al-Quran dalam kehidupan," katanya yang juga menafikan majlis itu dibuat secara ‘rahsia’.

"Majlis ini dibuat di sini kerana kawan Akhil ingin menikahkan kami sendiri. Kami juga tidak merahsiakan perkahwinan ini dari media kerana kami turut menjemput rakan-rakan media yang rapat dengan kami.

"Lagipun, keluarga dan saudara-mara di sebelah saya dan Akhil ramai yang hadir hari ini. Insya-allah, kami akan adakan sebuah resepsi pada 31 Oktober nanti di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam dan akan jemput lebih ramai tetamu," katanya.

Sebuah lagi resepsi di Gopeng, Perak juga akan dibuat seminggu kemudiannya.



Aug
16

Assalamualaikum.

Saya nak share sikit artikel yg saya dapat dari email.

HAPPY READING!!!

 

RAHSIA DI SEBALIK CIUMAN LELAKI

Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah ciuman?

Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu.. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?

Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu dan kita akan seronok apabila benar2 dapat menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami sikap si dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi tersendiri. Ciuman atau Kucupan pada Tangan Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.. .. Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian, itu menandakan si lelaki berkenaan benar-benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di Dahi

Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi ,itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda. Dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.

Ciuman Sayang

Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta

Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.

Kucupan dari Belakang

Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu tahu betapa dia terngidamkan anda!

Kucupan Lutut

Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. Dalam hal ini, mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.

Ciuman Di hujung Kaki


Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi, tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.



Aug
15

frend



Aug
14
Edry (kiri) bersama adik-beradik KRU yang lain iaitu Norman dan Yusry.

LAGU ‘Pergi Tak Kembali’ nyanyian Allahyarham Ustaz Asri dan kumpulan nasyid Rabbani akan pasti membuat sesiapa saja tersentuh. Apatah lagi bila mengenangkan pemergian vokalisnya, Ustaz Asri sudah mendahului kita menghadap Ilahi semalam.

Seperti kata penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim, hatinya terus tersentuh apabila mendalami bait lirik lagu yang dicipta olehnya itu.

“Secara peribadi, apabila saya mendengar lagu ‘Pergi Tak Kembali’, saya rasa tersentuh dan merasakan maksudnya sudah lain,” kata Edry.

Tiada lagi senyuman manis Ustaz Asri…Kenangan warga KRU bergambar bersama Ustaz Asri dan anggota Rabbani.

Bagi adik-beradik KRU ini, Edry bagaikan tersentak apabila mendapat berita tentang kematian Asri pada pagi tadi.

Lantas kenangan ketika bersama arwah yang dianggapnya sebagai seorang kawan yang baik terus bermain-main di ingatannya.

“Saya memang terkejut apabila mendengar berita kematiannya setelah sekian lama kami tidak berjumpa.

“Saya sudah kehilangan seorang kawan..itu yang membuatkan hati saya tersentuh.

“Sebelum ini, biasanya kami hanya berjumpa di studio dan majlis keraian.

“Sebelum ini dia banyak meninggalkan kenangan dengan kami kerana dalam mana-mana majlis anjuran KRU dia akan membacakan doa.

“Waktu itu kita tidak anggapnya sebagai artis tetapi lebih kepada rakan baik dan orang yang rapat dengan kami.

“Saya rasa apa yang dilakukan olehnya sebelum ini harus dikenang sampai bila-bila,” ujar Edry yang tidak dapat menghadiri majlis pengkebumian arwah pada malam ini kerana mempunyai tugasan yang tidak dapat dielakkan.

Edry yang turut sibuk untuk majlis pelancaran filem ‘Jin Notti’ terbitan KRU yang akan diadakan hari ini berkata mungkin dia akan menghadiri majlis tahlil yang akan diadakan oleh keluarga arwah nanti.

Tambah Edry, dia menyifatkan Asri sebagai golongan terpuji dan berjanji akan mengenang setiap kerjasama dan jasa arwah.

Menurut Edry, dia telah mencipta kira-kira lima buah lagu yang dimuatkan dalam tiga hingga empat buah album Rabbani.

“Saya tidak rasa terkilan sebab dapat sempurnakan tugas yang harus diselesaikan. Harap-harap dia diberi penghargaan,” katanya yang turut mencipta lagu ‘Intifada’, ‘Apa Yang Kau Tahu’, ‘Satu Kiblat Yang Sama’ dan ‘Saksi’.

Kali terakhir Edry mencipta lagu untuk Rabbani adalah pada tiga tahun lepas dan selepas ini dia berkata KRU akan merancang sesuatu dengan Rabbani.

“Pertalian kami agak rapat kerana kejayaan Rabbani dan KRU seperti satu kejayaan. Mungkin kita akan berbincang dengan ahli Rabbani yang lain untuk melahirkan sesuatu. Saya tiada masalah,” tuturnya.

Kata Edry, setiap kemenangan dan kejayaan yang diraih oleh Rabbani pasti KRU adalah orang pertama yang menerima berita itu.

“Kami bukan sahaja profesional tetapi rapat sebagai teman kerana apa-apa kejayaan yang dikecapi oleh Rabbani mesti Asri akan menghantar SMS kepada KRU.

“Kami mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat. Apa majlis yang kami lakukan pasti dia akan sokong. Bukan sahaja Ustaz Asri tetapi semua ahli Rabbani,” cerita adik kepada Norman dan Yusry ini.



Aug
14

from Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik, Gambar Artis Hot, Kisah-Kisah Gosip Artis by

RAKAN artis lain memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim sebaik mendengar berita pemergian penyanyi kumpulan nasyid terkenal itu semalam.

Semua yang hadir melahirkan kesedihan dan kehilangan dengan pemergian Ustaz Asri. Bakat dan kebolehan Ustaz Asri sememangnya sukar dicari ganti.

Nash

Nash sering merujuk kepada Allahyarham untuk mendapatkan nasihat.

"Ustaz Asri merupakan seorang sahabat yang banyak memberi sentuhan rohani kepada semua. Saya tidak nampak sesuatu yang buruk dalam diri beliau baik dari segi pergaulan ataupun tingkah lakunya.

"Saya sering merujuk kepada beliau sekiranya ada perkara yang saya tidak tahu. Beliau sering memberi nasihat dan saya begitu kagum dengan bacaan ayat al-Quran Allahyarham. Keistimewaan yang ada padanya memang tidak ada pada orang lain.

"Beliau adalah seorang yang sentiasa tenang dan senyum walau dalam keadaan apa sekalipun. Semoga rohnya dicucuri rahmat."

Ramli MS

"Kita kehilangan seorang yang boleh dianggap sebagai ‘reference’. Kehebatan beliau ketika mengaji memang tidak boleh dipertikaikan dan bakat menyanyi memang sukar dicari diganti.

"Saya mengenali Ustaz Asri sejak dari awal penglibatan beliau lagi, sejak berkenalan saya tidak pernah mendengar beliau bercakap kasar.

"Saya rindu untuk mendengar alunan suara beliau yang merdu."

Mas Omar

"Allahyarham merupakan seorang yang suka bercerita, tidak sombong, ceria dan periang.

"Kalau diminta datang untuk ke suatu majlis, beliau sentiasa sanggup datang untuk memenuhi hasrat tersebut dan tidak akan meminta bayaran.

"Baru semalam saya bercadang untuk membawa kumpulan Rabbani ke Pesta Pulau Pinang, tapi hari ini dikejutkan dengan pemergian beliau."

Nazri (Raihan)

"Allah cipta seseorang itu satu sahaja dengan kelebihan tersendiri yang tidak ada pada orang lain. Pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar buat kita semua.

"Ustaz Asri dihormati sebagai seorang yang berilmu, warak dan lemah lembut.

"Pemergian beliau mengingatkan kita bahawa ajal seseorang boleh datang pada bila-bila masa sahaja."

Yasin

Yasin membesar dengan lagu-lagu Ustaz Asri.

"Sejak dari kecil saya membesar dengan lagu-lagu Ustaz Asri, siapa yang tidak kenal dengan beliau.

"Baru dua hari lepas saya ada bercakap dengan Allahyarham dan ketika itu beliau tidak sakit dan tiada masalah kesihatan, sebab saya terkejut apabila mendapat tahu mengenai pemergian beliau.

"Ustaz Asri sangat istimewa, saya tidak pernah berjumpa dengan orang yang suka bergaul dengan semua orang."

Amy Search

Amy menyifatkan Allahyarham seorang yang senang didekati dan peramah.

"Saya terkejut dengan pemergian beliau kerana baru pada hari sabtu yang lepas kami sama-sama menyanyi di Klang.

"Saya mula mengenali Ustaz Asri tahun lepas semasa membuat rakaman lagu ‘Mentari Merah di Ufuk Timur’. Sejak itu saya rapat dengan beliau.

"Beliau pernah beberapa kali makan dan membuat pelancaran album rabanni di restoran saya.

"Allahyarham merupakan seorang yang senang didekati."



Aug
14

j011

 

"Pelan-pelan B, sakit…."

"Tahanlah sikit Ling, sakit sikit je…."

"Enghh enghh slowlah sikit, tak tahan ni"

"Hish…. macam tak biasa pulak. Tahanlah sikit,

memanglah sakit…."

"Enghh ennggghh AAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaa"

"Fuh! lega… tercabut pun.."

"B, darahlah, kena baju sekolah mesti mak marah"

"La… cuci le… pastu jemur kejap, mesti mak ko

tak tau punya… Tulah, dulu lagi aku dah cakap

kalau… … …

[Donlod citer penuh kat sini ye]



Aug
14

 

"Bapak ape ni?.. ape semua ni.. Din cukup tak paham ngan bapak ni.."

"Tak paham apa pulak Din.."

"Ni.. sape pompuan nih? Isteri baru bapak ke ni? Ya Allah.. mak baru je meninggal dah bapak kawin lain.."

"Ni bukan mak tiri kamulah.. Nama dia Ina..ape la kau Din.."

"Lagi teruk.. bawak perempuan bukan muhrim duduk sekali ngan kita.. ape ni bapak?"

"Din.. ni pembantu rumah kita je.. apsal la kau ni berfikiran kolot sangat huh? tula bapak hantar kau ke sekolah dulu kau ponteng."

"Bapak.. walupun Din nih tak pandai.. tapi Din masih ingat agama lagi tau!
Tak kira la dia ni pembantu rumah ke kalu bukan bini kita tak boleh! paham bapak? sudah lah!"

Malam tu…

Din mula ingin menyiasat latar belakang perempuan yang bernama Ina itu.

Apa nak jadik ngan bapak nih.. sanggup bawak balik pompuan yang entah dari mana demi ingin memuaskan nafsu… cis! Perempuan ni pulak lawa.. drpd bapak buat dosa lebih baik dia kahwinkan aku ngan pompuan ni je.. apela bapak ni..

Sedang Ina sedang bape kali sedang dah.. membancuh kopi si bapak Din tuh..
Din menghampirinya…

Dengan sepantas kilatDin menyelak rambut Ina dan terkejut akan satu kenyataan.

Huh! memang betul jangkaan aku.. ade paku kat leher dia ni… Aku dah agak pompuan ni pontia.."

Apalagi Din terus menangkap Ina dan mencabut paku tersebut..

"DAH!! PERGI KAU DARI RUMAH AKU PONTIANAK!!!

Sekali terkeluar wayar kat leher si Ina…

"Ape ni Din… ingat murah ke robot pembantu rumah bapak beli tu hah?!! KOLOT!!!"



Aug
13

Hye frenz….. read this, its really very interesting. ……..

Some CONFUSING ENGLISH - giving me a headache, can u help me?

1. If Fed Ex and UPS were to merge, would they call it Fed UP?

2. Do Lipton Tea employees take coffee breaks?

3. If olive oil comes from olives, where does baby oil come from?

4. If people from Poland are called Poles, why aren’t people from Holland called Holes?

5. Do infants enjoy infancy as much as adults enjoy adultery?

6. Why the man who invests all your money called a broker?

7. If horrific means to make horrible, does terrific mean to make terrible?

8. Why is it called building when it is already built?

9. If a book about failures doesn’t sell, is it a success?

10. If you’re not supposed to drink and drive, then why do bars have parking lots?

11. If you take an Oriental person and spin him around several times, does he become disoriented?

12. If vegetarians eat vegetables, what do humanitarians eat??   Human ??



Aug
12

Assalamualaikum.

Apa kabar petang ni? Penat bekerja? Meh test mata ..

Kira jumlah huruf F dalam perenggan dibawah:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?

ada berapa F anda jumpa?

tiga?  salah..

baca sekali lagi ye!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

 

dah dapat berapa yg betulnye? :)

 

HAPPY READING!!!

test_mata_3



Aug
12

SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

============ ========= ========= =====

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!

============ ========= ========= =====

SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!

============ ========= ========= =====

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah…. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer….

============ ========= ========= =====

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

============ ========= ========= =====

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

============ ========= ========= =====
SAM: Aku ada AIDS? mana ada…
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu…

============ ========= ========= =====

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.

============ ========= ========= =====

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"degil!