Setiap insan ingin mencinta dan dicintai


Jun
18

NAMAKU
…………..
Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru
kelasnya..

Guru : "Kamu ni murid baru kan ?"

Murid : " Ya.. cikgu"

Guru : "Nama kamu siapa?"

Murid : "Man"

Guru : "Nama panjang kamu?"

Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnnnnnnn.. cikgu"
______________________________
_____________

DIET
……………
Doktor menyuruh seorang lelaki yang! sangat gemuk untuk melakukan
diet.
Doktor berkata kepadanya…

"Anda mesti memakan sedikit roti panggang… sebiji buah-buahan dan
segelas air kosong…"

Lelaki menjawab…
"Baik lah doktor… jadi… Itu semua harus saya makan sebelum atau
sesudah makan, Doktor?"

______________________________
_______________

PERKAHWINAN KERABAT
…………………..

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah….
Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira..
Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan… walaupun masih kecil…

Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah…
Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah..

"Naz… sebenarnya saya cinta padamu… tapi sayang kita masih terlalu kecil…
bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin…?"

Dengan wajah yang malu… Tengk! u Nazira menjawab..

"Khairul.. bukannya saya tak sudi…
Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja…..
Atuk berkahwin dengan nenek… Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara..
dan bahkan papa berkahwin dengan mama…. sedangkan awak bukan kerabat saya Khairul…."

______________________________
____________________

TEKA AYAM
………….

Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?"

Ahmad : "Ayam… Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat..
kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"

Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"
______________________________
_______________

PANADOL
…………..

Bidin melihat rakannya,  Rafidi.. sedang membuat kopi… kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Rafidi…

Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".

Rafidi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..".

______________________________
________________

KALAU KU PUNYA EMAIL
………………….

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft.
Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu
menunjukkan caranya membersih lantai..
Lalu dia mengatakan
"Anda diterima bekerja… berikan email anda, kami akan mengirim
maklumat yang diperlukan."

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email.
Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..
Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10.
lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur…
Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja…

Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US…

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya…
Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata..

"Minta email Puan…"

"Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu

Penjual Insuran terkejut dan berkata
"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email.Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

Waita itu menjawab:
"Jadi tukang Sapu di Microsoft"

______________________________
_______________________



No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Apakah pendapat anda mengenai posting hari ni? Tinggalkan pendapat anda di sini