"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! … belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.
"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."
"Nak bincang aper lagi? … anak awak nie dah mengaku… … issshhh… … ." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.
Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu… kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je… toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? … dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah… dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.
Liana dah nekad apa terjadi… . jadilah… .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.
Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang… berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah… dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya… jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat… .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!… … .. dia terbang .
"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I’ve made it!!!!!", dia memekik keriangan.
Finally dia dapat melawan fobianya… dia dah no longer afraid of height… sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi… selama ini dia takut… .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang… dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya… . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.
Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani… . dia dah boleh terbang…
Assalamualaikum.
Ni kisah benar dari akhbar kosmo..
err..nak gelak ke nak kesian ye?
argh..gelak jek la..hahahahahaha
2 tukul tersekat dalam dubur
ORLEA - Seorang lelaki iaitu Viorel Firoiu yang mengalami masalah sakit perut bertindak memasukkan dua kepala tukul ke dalam duburnya bagi mengelak dia berulang alik ke tandas, lapor sebuah akhbar semalam..
Lelaki yang berusia 48 tahun itu kemudian bergegas ke sebuah hospital dan mengadu mengalami masalah sembelit namun doktor-doktor yang merawatnya terkejut apabila mendapati dua kepala tukul berada dalam duburnya.
Jurucakap hospital itu, Dr. Cristina Bontescu berkata: "Lelaki itu yang berada dalam keadaan mabuk menjelaskan bahawa dia makan buah ceri menyebabkan dia menghidap sakit perut.
"Dia meminum minuman keras untuk mengurangkan kesakitan. Dia kemudian mendapat idea meletakkan kepala tukul di dalam dubur dengan harapan dapat menyelesaikan masalah itu.
"Namun, kepala tukul itu tersekat menyebabkan dia mendapat idea untuk memasukkan kepala tukul yang kedua bagi menarik keluar tukul pertama tetapi kedua-duanya tersekat di dalam duburnya."
Satu pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan kedua-dua tukul itu. - Agensi
Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya..anak2nye sume bekerja di bandar… Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg… Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian… .Suatu hari..di petang yang redup… si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda… Si janda perasan dan datang menegur si duda… "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu… "… Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."… Berkerut dahi si janda… kerana kelihatan serius pulak si duda tu…
"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." … Si duda merenung si janda… lalu dengan kekuatan yang ade die berkata… "Aku ni kepingin nk berbinikan ko… ko sudi tk?.."… Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm… sudi… "… Setelah berborak seketika… si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja…
Pada malam itu..si duda gelisah… dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak… yelah dah tue… memori pendek sket… Setelah berfikir sejenak… si duda tidak jugak mendapat jawapan… lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda… Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni…
"Helo… mak jan..pak uda di sini… aku ingin bertnya… almaklum dah tua mudah lupa… ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."… Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati… selamat ko telepon aku ..Pak Uda… "… si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya… "Kenapa… "… Dan si janda menjawab.."Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"
Assalamualaikum para pembaca CariCinta.NET.
Hari ini saya nak berkongsi artikel tentang menyayangi anak ye. HAPPY READING!!!
Pada sesiapa yang ada anak tu, ciumlah anak jangan jemu…never realized that cium anak has tremendous pahala towards the parents. Yang tak de anak tu, cepat-cepatla buat anak, yang belum kawin tu cepat-cepatla kawin…..boleh buat anak. Yang belum ramai anak tu, cepat-cepat la ramaikan anak……
Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium."
Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? "
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam bissawab
Suatu pagi di sebuah TADIKA KEMAS yang terletak di Jalan San Peng;
Cikgu Suraya : Baik anak-anak murid…. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu Suraya : Bagus Fairuz… Amy, buat bunyi kucing pula.
Amy : Meowwww
Cikgu Suraya : Amboi, manja kucing tu ya…. Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer…? Abang temankan ya…
Cikgu Suraya : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!!
Assalamualaikum.
Apa kabar pembaca CariCinta.NET? Dah bersedia nak berpuasa?
Hari ni nak kongsi artikel yang saya dapat dari satu email ni. Menarik isinya. Tak tahu la betoi ke tak. Ntah dari mana keputusan kajian yang diorang dapat pon tak pasti.
Kita baca jek lah buat isi masa lapang.
ENJOY!!!
Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya adysyammohdsaid@yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.
Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Ady Syam Mohd Said Dia menggunakan alamat emelnya sebagai adysyam@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.
Nama Dan Tahun
Contoh: adysyam2001@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.
Nama Samaran
Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.
Nombor Dan Abjad
Contoh: abc123@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/109413
Korban ketiga H1N1
Jul 28, 09 12:07pm

Satu lagi kematian akibat influenza A (H1N1) dicatatkan dalam tempoh 24 jam - menjadikan tiga kematian dilaporkan akibat penyakit itu setakat ini.
Mangsa terbaru, seorang lelaki rakyat tempatan yang berusia 42 tahun, yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 4.40 petang emalam.
Korban kedua H1N1 di Malaysia
Jul 27, 09 4:14pm
baca berita penuh di http://www.malaysiakini.com/news/109351
kemaskini 5.18pm Wabak selesema A (H1N1) memakan korban kedua - lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari semalam.
Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.
Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.

Assalamualaikum..
Apa kabar hari ni? Semoga hari2 anda sentiasa ceria ye..
Sharing sikit dengan kisah2 yg menenangkan jiwa ni.
Happy Reading!!!
Di Mekah terdapat seorang lelaki fakir yang mempunyai seorang isteri yang soleh. Pada suatu hari sang isteri berkata kepada suaminya: "Kita sudah tidak mempunyai persediaan makanan lagi"
Kemudian lelaki tersebut pergi ke Masjidil Haram. Di sana dia menemukan sebuah dompet yang berisi beberapa wang dinar emas. Dia merasa sangat gembira dan membawa barang temuannya kepada isterinya seraya berkata:"Ini adalah dompet yang aku dapat di Masjidil Haram"
Isterinya berkata: "Barang yang didapati di Tanah Haram harus diumumkan"
Lelaki itu segera pergi ke Masjidil Haram, lalu dia mendengar ada seseorang berseru:
"Siapakah yang menemukan sebuah dompet berisi wang dinar emas?"
Lelaki itu berkata: "Saya telah mendapatnya"
Orang yang menyeru itu segera memeriksanya dan berkata: "Ambillah, ini menjadi milikmu dan kamu, aku beri tambahan 900 dinar lagi"
Lelaki itu berkata: "Apakah kamu bergurau?"
Dia menjawab: "Demi Allah, aku bersungguh-sungguh, kerana aku telah diberi wang seribu dinar oleh seorang lelaki dari Iraq kemudian dia berkata: "Lemparkanlah sebahagiannya di Masjidil Haram. Kemudian umumkanlah hal tersebut. Jika ada yang mengembalikannya kepadamu, berikanlah dia semuanya kepadanya kerana dia adalah orang yang amanah. Orang yang jujur dan bersedekah, kemudian sedekah kita akan diterima Allah kerana sifat amanahnya"
~Mutiara Hadith~
Dari Abi Dzar, ujarnya: "Saya berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, mahukah tuan mengangkat aku jadi pegawai?" Lalu kata Abu Dzar : "Kemudian baginda menepukkan tangannya ke atas kedua bahuku, lalu bersabda: "Wahai Abu Dzar, engkau orang yang lemah, sedangkan tugas itu adalah amanah dan kelak pada hari kiamat akan merupakan penyesalan dan kesedihan, kecuali hanya orang-orang yang berhak menerimanya dan menunaikan amanat itu dengan semestinya" (HR: Muslim)
Assalamualaikum.
Apa kabar para pembaca CariCinta.NET?
Semalam, waktu baca Hmetro, kat ruang Dang Setia, saya nampak ada tajuk ni : Suami bagai gila seks
Wah..tajuk yang menarik. Saya pon baca lah. Pergh..memang gila..boleh masuk dalam kategeri cerita ghairah ni. Ni qoute apa yang penulis tu tulis:
“Lama kelamaan perangai gila seks suami saya makin parah. Satu hari Allah sengaja nak tunjukkan pada saya. Suami sangka saya tidur ketika dia asyik menonton cerita Hindustan di televisyen.
Saya lihat dia menyentuh kaca televisyen yang ketika itu menayang dada perempuan menari. Malah, dia juga menjilat dada perempuan dalam kaca televisyen itu.
Hancur luluh hati melihat suami bersikap gila seks begitu. Ketika itu umur anak kami setahun. Saya menasihatinya cara baik, tapi dia hanya diam dan senyum.”
Ada jugak manusia macam ni. Berita penuh : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/DangSetia/20090726094626/Article/indexp_html
Buat lelaki, yg dah bujang mahupon dah kawin, jangan la tiru perangai si suami gila ni. Sampai TV pon dia kerjakan. Aduh..lawak pon ada jugak.
Sue menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Sue :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Sue:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi, jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,sue pergi pula kepada ibunya.
Sue :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Sue :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh kahwin..
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm….Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Sue :Ha!!??!!
