Setiap insan ingin mencinta dan dicintai


May
30

Dah Terlanjur Rupenya - Aini tu dah ditebuk

DSC08392

Suasana di ruang tamu cukup mendamaikan. di hujung sini, Pak Man duduk bersimpuh. sampinnya dibetul betulkan. Tepak sirih dilteak di depan. Wakil pihak lelaki cukup segak hari itu. Husin anak Pak Man tidak datang. biasalah. majlis tunang. biasanya yang lelaki ditinggalkan.
Haji Husin senyum senyum memandang Pak Man di depannya. kenalan lama yang bakal menjadi besannya.

"Terima kasih kepada rombongan lelaki yang hadir hari ini. Syukur pada Allah, hajat yang baik dari pihak lelaki, kami sambut baik. bak kata orang, kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan."

Haji Husin sambung bicara. yang perempuan duduk di bahagian belakang rumah pasang telinga. dengar dengar bicara pihak lelaki di ruang tamu.

"Dah terlanjur pihak lelaki datang ni,bolehla kita bincangkan sekali semua yang sepatutnya… .."

++++++++++++++++

Mak Bedah yang duduk di penjuru tepi dinding buat muka pelik. telinganya mendengar sesuatu. Dibisiknya pada Mak Esah di sebelah

"psssttt… dah terlanjur rupenye… "

Mak Esah buat muka terkejut.

"Aini anak Pak Husin ni? pssttt… . Dah terlanjur anak pak Husin ni"

bisik Mak Esah pada Gayah Gigi Jongang di sebelahnya.

ditebk tupai "Ya ke..Aku memang dah agak. tengok perangai pun tahu. psssttt… pssstttt… Aini tu dah ditebuk"

Makcik Maznah buat muka selamba.

"aku dah tahu dah. pssttt… pssttt… Cik Tom, Aini dengan budak laki tu dah terlanjur sebenarnya."

"Ish ish ish. budak zaman sekarang. tak macam kite dulu ye. pantang jejak kaki ke tanah. nak keluar kene mintak izin."

++++++++++++++++++

dan petang itu majlis selesai.
dan petang itu juga heboh cerita satu kampung.

p/s…hati2 semasa bercakap



May
29

Assalamualaikum.

ceramah

Apa kabar pembaca caricinta.NET? Semoga sihat dan sentiasa berbahagia. Hari ni bermulalah cuti sekolah selama 2 minggu bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Negeri-negeri lain pula, hari ini hari terakhir persekolahan sebelum bermula cuti 2 minggu yang panjang. Mesti dah rancang macam-macam aktiviti sempena cuti sekolah ni kan? Ada yang bakal pergi melancong, ada yang nak balik kampung, ada yang nak kawin.. eh..musim orang kawin rupanya. Tahniah buat yang bakal berkahwin pada cuti sekolah ni. Saya pon dapat banyak jemputan. Lebih dari 4 jemputan tau.

cintamonyet Ada di antara jemputan yang saya dapat tu, pasangannya bercinta dari zaman sekolah. Wah, sapa kata cinta zaman sekolah just cinta monyet? Tengok, ada jugak tau yang kekal sampai ke jinjang pelamin. Saya ada lebih dari 2 pasangan kawan-kawan yang berkahwin hasil dari percintaan di zaman sekolah. Tahniah buat diorang. Macam mana ye diorang lalui zaman percintaan yang panjang tu? Pastinya ada rahsia kan? Kalau sudi nak berkongsi rahsia korang kat sini, amatlah dialu-alukan. :)

Bercinta di alam persekolahan ni banyak dugaan nya. Pelajar zaman sekarang ni, tak pasti lah macam mana diorang berhubung antara satu sama lain. Sebab zaman sekarang, ada handphone, ada intenet, ada email, ada chatting, macam-macam ada. Kalau zaman saya dulu, kena tulis surat. Minta tolong kawan-kawan jadi posmen, letak surat dalam meja, bertukar-tukar buku nota, dan berbagai-bagai cara lagi. Semuanya kreatif. Ye lah, nak berhubung susah sikit. Nak lari dari pengetahuan cikgu, nak sembunyi dari ibu bapa, nak lari dari kawan-kawan lagi. Kan? Zaman sekarang macam mana ye? Adakah semuanya hanya di hujung jari?

Akhir kata, selamat bercuti ye buat para guru dan pelajar. Semoga cuti anda menjadi cuti yang terindah.

ps : dalam gambar kat atas tu saya ye yang pegang mike tu. Tengah kasi talk untuk student kat sekolah saya waktu reunion dulu. Student lelaki kat sebelah kanan (tak masuk dalam gambar.hehe)

 

Tuai pagi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.



May
29

Assalamualaikum.

Cerpen kedua untuk para pembaca.

ENJOY!!!

lauttenang

Laut yang tenang membiru…amat mendamaikan. Betul la apa yang dikata,laut itu memberi ketenagan jiwa yang sukar dimengerti. Aku ingat lagi kata-kata dari sebuah buku yang aku baca, Rasulullah saw amat suka dengan laut, air terjun… itulah ubat penenang hati…aku akui, hati aku mulai tenang bila menikmati keindahan ciptaan Ilahi.

******
“saya tak ada duit kecil” aduss…habis la aku kena marah dengan bos,baru pukul 10 pagi, tapi kenderaan yang datang hari ni semua bagi duit besar. Isi minyak RM10, tapi bagi duit RM 50, diorang ni baru dapat gaji ke?huh…berapa kali aku masuk dalam nak tukar duit.
“lepas ni, kalau ada yang bagi duit besar, kata tak boleh isi. Duit kecil dah habis. Baru semalam saya bank-in. Awak faham tak?”
“ai, tak kan kedai minyak besar ni tak ada duit kecil kot!”

.. .. .. [dapatkan cerpen penuh di sini]



May
28

Assalamualaikum.

surga-cinta

Apa kabar para pembaca caricinta.NET pada hari ini? Sihat walafiat? Hari ini lebih cemerlang dari hari semalam? Masih mencari cinta sejati? Sukar kan nak mencari cinta? Tapi saya rasa ‘menjaga’ cinta tu lebih sukar dari mencari cinta. Cinta yang dah bersemi, perlu dibelai dan dibajai agar tidak layu di tengah hari. Sukarnya menjaga suatu ikatan percintaan pastinya tidak dinafikan oleh para pencinta. Betul kan?

Bercinta itu memang indah. Manisnya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Asyiknya bermadah cinta bersama insan tersayang. Dunia ini seolah-oleh tiada lagi perkara lain yang diperlukan. Cukuplah kalau pasangan merpati dua sejoli tersebut dapat berkasih-sayang buat selama-lamanya. Namun, itu hanyalah mimpi indah di malam hari. Setuju? Ada yang ingin membangkang? Angkat tangan dulu ye sebelum bangkang. :)

Mari kita kira. Bilakah kali pertama anda bergaduh dengan pasangan anda? Dalam sehari, berapa kali anda bergaduh? Dalam seminggu? Dalam sebulan? Setahun? Sejam berapa kali bergaduh? Tak pernah bergaduh? Wah…hebatnya pasangan yang tak pernah bergaduh. Kena berguru ni dengan pasangan yang tak pernah bergaduh.

Manisnya pulak, berapa lama ye? Agak-agaklah, dalam bercinta, manis dan pahit, yang mana lebih banyak? Saya rasa, pahit kot lagi banyak dari manis. Namun, lumrah alam. Setiap perkara wujudnya berpasangan. Kita tak dapat lari dari hakikat untuk berpasangan. Tak dari lari dari bercinta.

Selamat merenung diri sendiri ye.

 
Di Hari Persandingan Mu
Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata
Berlinangan dipipiku
Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya
Betapa sedih betapa pilu
Melihat kau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu
Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira
Selamat ku ucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru
Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahagia ke anak cucu
Selamat tinggal oh! sayangku
Semoga gembira selalu

Penyanyi : Yunizar Hussien (juga dinyanyikan kembali oleh Ideal Sisters & Azharina)

 

Success is a journey, not a destination.



May
27

Assalamualaikum.

Apa kabar para pembaca pada hari ini? Semoga semuanya ceria-ceria selalu.

Kita bersantai dulu ye hari ni. Tenangkan fikiran. Segarkan minda. Lepaskan diri dari belenggu masalah – kerjaya, pelajaran, percintaan dan lain-lain. Esok kita akan berbicara tentang “PAHIT MANIS BERCINTA”. Dalam percintaan, pahit lebih banyak dari manis kan? Tunggu.. kita sembang esok ye.

fren

Sometimes in life, you  find a special friend;
Someone who changes your life just  by being part of it.
Someone who makes you laugh until you  can’t stop;
Someone who makes you believe
That there  really is good in the world.
Someone who convinces  you
That there really is an unlocked door just waiting for  you to open it.
This is Forever  Friendship. How many people actually have true  friends?

 



May
26

Assalamualaikum.

cinta

Salam ceria buat pembaca setia CariCinta.NET. Semoga sentiasa bersemangat untuk menempuh hidup yang penuh dengan dugaan ini. Adakah anda bosan dengan hidup anda? Terasa ingin membunuh diri? JANGAN…sayang tau kalau tak dapat tengok apa yang bakal terjadi pada anda di kemudian hari. Banyak lagi keindahan alam untuk diterokai.

Salah satu keindahan dalam kehidupan ini adalah percintaan. Alangkah manisnya hidup bila dihiasi dengan bunga cinta yang indah mewangai. Terasa tarawang-awangan di langit tujuh. Setiap saat detik berlalu asyik terkenangkan si dia. Apa sahaja yang si dia lakukan pastinya menyenangkan. Sampai kentut pon kononnya wangi..(ceh..ada ka…)

Tapi jangan ingat panas kan sampai ke petang. Jangan ingat air tenang banyak buaya. Begitulah jugak dengan percintaan. Bukanlah setiap masa percintaan itu manis. Kadangkala percintaan itu lebih pahit dari hempedu. Tak semua percintaan akan sampai ke jinjang pelamin, banyak yang tewas di persimpangan jalan. si dia yang suatu masa dulu menjadi pujaan hati, hari ini menjadi seorang musuh ketat, nak pandang mukanya pon terasa sesuatu yang memualkan. Kenapa? Tepuk dada tanya DrCinta.

Kenapa ya? Kenapa percintaan yang dibini dengan asas kasih sayang tidak dapat bertahan? Adakah kerana halangan keluarga? Adakah kerana pihak ketiga? Atau adakah kerana diri sendiri? Terlalu banyak persoalan yang kadangkala tidak dapat dijawab. Tergantung begitu sahaja. Dibiarkan layu menanti mati.

Namun, itulah hakikat percintaan. Ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikulum tercekik la pulak..diri sendiri yang mati kang.

 

Tanya sama pohon, apa sebab goyang, nanti jawab pohon, angin yang bertiup..



May
25

Here’s a good laugh!

christmas_merry_santa_jokes_funny_yum

1. Women are unpredictable. Before marriage, she expects a man, after marriage she suspects him, and after death she respects him.

2. There was this guy who told his woman that he loved her so much that he would go thru hell for her. They got married – and now he is going thru hell.

3. A man inserted an ‘ad’ in the classified : “Wife wanted “ . Next day, he received a hundred letters. They all said the same thing : “You can have mine.”

4. When a man opens the door of his car for his wife,you can be sure of one thing: either the car is new or the wife.

  5. It’s easy to tell if a man is married or not. Just watch him drive a car with a woman sitting beside him.
     If both his hands are on the wheel, you can be sure he is married.

6. A man received a letter from some kidnappers. The letter said, “If you don’t promise to send us $100,000 I swear that we will kidnap your wife.”
    The poor man wrote back,     ” I am afraid I can’t keep my promise but I hope you will keep yours.”

7. What’s the matter, you look depressed.” “I’m having trouble with my wife.” “What happened?” “She said she wasn’t going to speak to me for 30 days.”
  “But that ought to make you happy.”  “It did, but today is the last day.”

WOMAN
When she is 18 - She is a football, 22 men going after her.
When she is 28 - She is a hockey ball, 8 men going after her.
When she is 38 - She is a golf ball, 1 man hitting on her.
When she is 48 – She is a pingpong ball, 2 men pushing to each other.

MAN
At 20 - A man is like a coconut, so much to offer, so little to give.
At 30 - He is like a durian, dangerous but delicious.
At 40 - He is like a watermelon, big, round and juicy.
At 50 - He is like a mandarin orange, the season comes once in a year.
At 60 - He is just like a raisin, dried out, wrinkles and cheap.



May
25

Berpegang lembu pada talinya, berpegang manusia pada janjinya…

promisemast-main_Full

Assalamualaikum.

Apa kabar para pembaca CariCinta.NET ? Masih dalam mood Monday Blues? Ceria-ceriakan lah hari anda ye. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari sebelumnya. Jadikan setiap hari adalah hari untuk mencapai kegemilangan. Berazamlah untuk berusaha untuk kecemerlangan. Janjilah pada diri sendiri untuk melalukan yang terbaik.

Berjanji itu mudah. Tapi untuk melakukannya itu, adakah kita mampu? Adakah kita mampu untuk berpegang pada janji? Insan yang sedang enak dibuai mimpi indah alam percintaan biasanya selalu melafazkan janji-janji manis. Sanggup mengharungi onak dan duri kononnya, sambung ranangi lautan api demi membuktikan cinta kononnya. Betul ke? Adakah cinta anda sehebat cintanya Shah Jehan kepada isterinya? Membina Taj Mahal yang indah sehingga terkenal seantoreo dunia. Ataupon cinta anda hanya kepada wang ringgit? Ada wang abang sayang, takde wang abang melayang.

Alam percintaan penuh dengan pasang surut. Sedangkan lidah lagi tergigit. Pernahkah anda menghitung berapa kali anda bergaduh dengan pasangan anda? Tidak kiralah walau apa pon sebabnya terjadi pergaduhan tersebut. Kemudian, untuk menjernihkan kembali keadaan, bukankah anda akan berjanji? Janji tak akan mengulangi lagi kesalahan itu. Tapi, biasanya janji akan tinggal janji. Perkara yang sama akan berulang lagi. Lagi dan lagi dan lagi… Jemu, bosan, marah, dendam.. Semuanya akan terjadi.

Waktu keluar berdating, berapa kalikah anda terlewat dari masa yang dijanjikan? Berapa minit anda terlewat? Apakah alasan atas kelewatan anda itu? Walau apa alasan sekalipon, cubalah tepati masa yang dijanjikan. Tak kesian ke pada pasangan anda kalau anda terlewat? Membiarkan si dia menunggu anda seorang diri? (zaman sekarang ok lah, ada handphone. Zaman dulu memang naya lah. Penat tau nak menunggu walaupon 5 minit. Seminit bagaikan sepuluh minit. Betul kan?).

Pernahkah anda memungkiri janji?

 

 

MELAYU BOLEH!!! Apakah kebolehan melayu?



May
23

Assaalamualaikum.

Selamat bercuti di hujung minggu. Dikesempatan cuti ini, saya poskan satu artikel yang agak panjang untuk bacaan para pembaca. Boleh lah baca slow-slow sampai ke ayat terakhir ye. Saya dapat artikel ni dari pos Pak Kadri di yahoogroups.

Happy Reading.

Regards.

img_452307_46239158_2

————————————————-
————————————————-
————————————————-

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul datang rasa benci pada suami yang dulu dipuja tinggi melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh merendahkan wanita, jangan marah tau.

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu.. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat perlindungan arasy Allah di padang mahsyar nanti, hari di amana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari
kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin putting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat, gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung"

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terimakasih, lupa pada yang memberi. Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya. .

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah.. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, "Wahai Tuhan, aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu. tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan- Mu."

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu..

Ada orang mangatakan: "jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya . tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan- Nya. Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat."

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.
SUMBER : Unknown

  Pak Kadri



May
22

Assalamualaikum.

mata

Kita bersantai sekejap ye. Saya dapat email menarik dari sorang kawan di googlegroups. Nak kongsi lah kat blog saya ni. Berpinar mata saya nak baca. Terasa macam budak-budak baru belajar mengeja jek. Anda bagaimana? Dapat baca dalam 2 saat? :)

Thanks to paknan2005 untuk email yang menarik ni.

Selamat Mencuba.

———————————————
[Saya C&P Original Email tanpa edit]
———————————————

hari ini aku nak uji IQ korang semua.korang cuba try baca tulisan dibawah,kalau korang dapat membaca dalam masa bawah 2 second,korang memang hebat.cuba jangan tak cuba yer.

S3kir4|\|y4 k0r4|\|g dp7 mmb4(3 4p3 yg 4ku 7u1i5 |\|i.. k0r4|\|g m3rup4k4|\| 5414|-| 50r4|\|g m4|\|u5i4 yg mmpu|\|y4i d3ri4 p3|\|g1i|-|474|\| yg 54|\|g47 74j4m.. 7p i7upu|\| k410 k0r4|\|g dp7 b4(4 14 k4|\|.. k410 k0r4|\|g x dp7 b4(4, m4k|\|4|\|y3r k0r4|\|g m3mpu|\|y4i m474 yg kur4|\|g p3k4 d4|\| k0r4|\|g m3by 50r4|\|g yg md4|-| k0|\|piu5… 4|-|4kkzzz…
.